PKPB: Lazada pastikan bekalan harian cukup, tak perlu keluar rumah

16 Oct 2020 • 3:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

RAKYAT Malaysia yang ingin mendapatkan barangan runcit dan keperluan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh menarik nafas lega kerana Lazada menyediakan bekalan bahan makanan yang banyak bagi memenuhi permintaan ramai yang semakin meningkat.

Ribuan peruncit barangan keperluan dan jenama tersedia setiap hari untuk dipilih oleh pelanggan yang membeli-belah dengan selamat dari rumah di halaman ‘Keep Calm and Shop from Home’ Lazada di http://lzd.co/KeepCalmShopFromHome.

“Sayur-sayuran dan makanan laut yang segar, buah-buahan yang dipetik dari kebun, makanan beku tahan lama, minyak masak, telur, roti, susu dan banyak lagi adalah antara barang yang mudah diperoleh pada harga diskaun di halaman ini,” kata Lazada, platform e-dagang peneraju di negara ini, menerusi satu kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, kedai terpilih di Lazada Malaysia termasuk Cameron Farmers, ifresh, Sejadi dan banyak lagi, turut menawarkan penghantaran dalam tempoh 48 jam ke kawasan di sekitar Lembah Klang yang berada di bawah PKPB.

“Sebagai sokongan kepada masyarakat mengharungi tempoh ekonomi yang sukar ini, Lazada Malaysia memilih tawaran-tawaran serendah RM1 untuk barang keperluan harian seperti pelitup muka, diketengahkan menerusi ‘Crazy Flash Sale’ dari 10 pagi hingga 11.59 malam setiap hari.

“Ini adalah untuk memastikan pengguna dalam talian dapat memanfaatkan sepenuhnya perbelanjaan tersebut.

“Baucar diskaun untuk makanan dibungkus dan penghantaran juga ditawarkan, sekali gus membantu memaksimumkan perbelanjaan mereka,”demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Lazada, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memastikan masyarakat mendapatkan bekalan tanpa perlu meninggalkan rumah.

“Untuk memastikan kesejahteraan pelanggan dan keselamatan wira barisan hadapan, kakitangan logistik Lazada dilengkapi peralatan perlindungan diri dan diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu badan setiap hari, mematuhi proses sanitasi yang ketat dan amalan penyerahan kontak sifar,” jelas kenyataan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai soalan yang kerap ditanya bagi penghantaran ketika PKPB tersedia menerusi https://lzd.co/deliverymco.

The post PKPB: Lazada pastikan bekalan harian cukup, tak perlu keluar rumah appeared first on Sinar Plus.