Bapa Ieda Moin meninggal dunia

21 Oct 2020 • 6:01 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan penyanyi Ieda Moin berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Abd Moin Abd Ghani, yang meninggal dunia pada pagi Selasa.

Pemergian Allahyarham pada usia 68 tahun itu disebabkan komplikasi pelbagai jenis penyakit  termasuk jangkitan dalam darah dan paru-paru, masalah jantung serta kegagalan buah pinggang.

Ieda atau nama sebenarnya, Siti Haida Abd Moin berkongsi berita duka tersebut menerusi Instagramanya pada hari sama.

“Selamat tinggal.. Abd Moin bin Abd Ghani. 14/4/1952 – 20/10/2020. Alfatihah buat abah,” tulisnya ringkas pada sekeping foto yang menunjukkan pusara arwah bapanya itu.

Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu selepas mengadu demam panas dan sesak nafas.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak. Allahyarham meninggalkan seorang balu, lapan anak dan sembilan cucu.

 

(FOTO: Instagram Ieda Moin)

The post Bapa Ieda Moin meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.