Oppo K7x Bakal Dilancarkan Di China Pada 4 November

TechnologyDigital
29 Oct 2020 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo K7 5G telah diperkenalkan sebelum ini dengan sokongan pemproses Snapdragon 765G dan juga kuad kamera utama. Terkini, mereka bakal memperkenalkan Oppo K7x pula, di mana ia disahkan hadir di China pada 4 November ini. Poster acah turut telah dikongsi – ia memperlihatkan rekaan pada panel belakang peranti hadir dengan modul kamera berbentuk segi empat tepat. Selain, turut dipercayai menyokong rangkaian 5G secara terbina.

image is not available

Buat masa ini, hanya itu sahaja yang diketahui dan tiada maklumat lain berkaitan spesifikasi dikongsi. Namun begitu, terdapat spekulasi yang mengatakan  bahawa ia berkemungkinan besar merupakan model OPPO dengan nombor model OPPO PERM00 yang tertiris di laman TENAA, baru-baru ini. Ia berikutan rekaan pada panel belakangnya kelihatan menyerupai imej yang dikongsi di laman berkenaan. Bagaimanapun, ia masih di peringkat spekulasi dan belum diketahui kesahihannya.