Carl Pei Mengesahkan Beliau Meninggalkan OnePlus

TechnologyDigital
17 Oct 2020 • 4:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal minggu ini kami melaporkan Carl Pei, salah seorang pengasas OnePlus telahpun meninggalkan syarikat. Semalam beliau telah mengesahkan sendiri berita ini menerusi hantaran di forum rasmi OnePlus.

Carl Pei meninggalkan syarikat yang diasaskan oleh beliau dan Pete Lau tujuh tahun yang lalu. Walaupun terdapat ura-ura berlaku pertelingkahan antara mereka, Pei telah mengucapkan terima kasih kepada Lau kerana memberikan peluang kepada beliau untuk memulakan sebuah syarikat pengeluar peranti baharu walaupun tidak mempunyai segulung ijazah.

Beliau turut berkata akan menggunakan masa yang terluang untuk menghabiskan masa dengan keluar dan berehat. Apakah yang akan dilakukan oleh beliau seterusnya masih belum diketahui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved