Poco C3 Dilancarkan Secara Rasmi – Penawaran Spesifikasi Sama Seperti Redmi 9C

TechnologyDigital
6 Oct 2020 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekian lama mengacah mengenai kehadirannya, Poco C3 akhirnya diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di India, sebentar tadi. Apa yang dibawakan oleh peranti ini secara keseluruhannya adalah mirip dengan Redmi 9C yang dilancarkan sebelum ini.

image is not available

Untuk spesifikasi, Poco C3 menggunakan paparan bersaiz 6.53-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Skrinnya di sini menggunakan paparan jenis bertakuk kecil untuk perletakan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel. Seterusnya, Poco C3 turut dilengkapi cip pemproses MediaTek Helio G35, memori sehingga 4GB RAM, storan dalaman sehingga 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Konfigurasi kamera utamanya pula terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (Makro). Spesifikasi lain termasuklah pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang, sokongan dwi SIM, bicu audio 3.5mm dan sokongan kalis percikan air P2i.

Untuk penawaran harganya pula, Poco C3 ditawarkan pada harga INR7,499 (~RM424) untuk versi 3GB + 32GB, manakala INR8,999 (~RM509) pula untuk 4GB + 64GB. Buat masa ini, peranti ini hanya tersedia untuk pasaran India sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved