Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuatkuasa di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12:01 pagi tanggal 14 hingga 27 Oktober 2020 ini. Di Sabah pula, PKPB akan berkuatkuasa bermula 13 hingga 26 Oktober 2020.
Setelah sekian lama bebas dari pelbagai halangan perjalanan, PKPB terpaksa dikuatkuasakan semula kerana peningkatan kes penularan Covid-19. Sepanjang tempoh ini, enam aktiviti di bawah adalah dilarang.
- Perjalanan merentas daerah adalah dilarang sama sekali. Pekerja perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan untuk merentas daerah.
- Hanya 2 orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
- Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran. tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi ditutup.
- Semua rumah-rumah ibadat ditutup.
- Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah dilarang sama sekali.
- Pusat-pusat hiburan dan kelab malam tidak dibenarkan.
Kesemua kegiatan ekonomi masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tanpa sekatan waktu.
Di Sabah pula tempoh operasi kegiatan ekonomi pula pula berbeza jenis perniagaan.
- Pasar borong – 6 Pagi – 2 Petang
- Kedai barang keperluan dan kedai runcit – 6 Pagi – 6 Petang
- Restoran, kedai-kedai makanan dan warung-warung – 6 Pagi – 6 Petang
- Stesen minyak – 6 pagi – 6 petang

