Gedung Muzik Dalam Google Play Store Dimatikan

TechnologyDigital
13 Oct 2020 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi yang tidak tahu, Google Play Music turut menawarkan kemampuan membeli lagi kegemaran dan menjadikannya hak milik. Ia bukan sekadar tawaran penstriman sahaja. Ia adalah pesaing kepada Apple Music. Di Malaysia ia tidak begitu terkenal, kerana penggunaannya terhad. Pembelian muzik adalah melalui Google Play Store, bahagian muzik.

image is not available

Google Play Music akan dimatikan tidak lama lagi, kerana Google ingin memfokuskan kepada penstriman sepenuhnya melalui YouTube Music. Terkini, gedung muzik dalam Play Store telah pun dimatikan sebagai tanda awal ajal Google Play Music telah tiba. Google turut menggalakkan pengguna terus berhijrah kepada YouTube Music.

Saya sempat menggunakan Google Play Music, tetapi sayangnya Spotify tetap lebih menarik dan seronok untuk digunakan.