PM, Dr Noor Hisham, Ketua Polis Negara & DS Ismail Sabri Antara Yang Kuarantin Kendiri 14 Hari

LocalPolitics
6 Oct 2020 • 12:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Semalam kami ada melaporkan mengenai Menteri Agama, Datuk Dr Zulkili Mohamad Al Bakri yang mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan dan isolasi di sebuah Hospital di Negeri Sembilan.

Beliau kemudiannya menyeru kepada orang ramai yang menghadiri majlis yang turut dihadiri beliau dari 24 September – 4 Oktober untuk menjalani pemeriksaan saringan di mana-mana klinik kesihatan dengan kadar segera.

Baca artikel berkaitan : Menteri Agama sahkan dirinya positif Covid-19

Dalam pada itu KKM pula memaklumkan kesemua kontrak rapat kepada seorang individu yang disahkan positif sewaktu menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). pada 3 Oktober yang dipercayai merujuk kepada Dr Zulkiflii, sudah pun diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) dan dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari .

Manakala ahli mesyuarat yang bukan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

Selaras dengan arahan KKM tersebut, kebanyakan pegawai atasan kerajaan yang hadir pada mesyuarat 3 Oktober tersebut sudahpun menjalani saringan dan kini menjalani HSO serta kuarantin kendiri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri serta pegawai tertinggi kerajaan seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham antara senarai yang turut menjalani kuarantin kendiri.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat itu.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober lalu dan dipakaikan gelang pengawasan,” kata Perdana Menteri dalam sebuah kenyataan.

View this post on Instagram

Kenyataan Media YAB Perdana Menteri

A post shared by Tan Sri Muhyiddin Yassin (@muhyiddinyassin_official) on

Perkara sama turut dikongsikan DS Ismail Sabri pada isnin petang sekaligus menjawab tanda tanya orang ramai kenapa sidang media harian yang seharusnya berlangsung semalam di batalkan.

“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini (isnin)

“Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan Covid-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) zon Kota Kinabalu, termasuk Penampang dan Putatan.

image is not available

“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat itu (bersama Zulkifli).

“Oleh itu, saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test (ujian calitan) dan balik ke rumah untuk self-quarantine. Saya tidak mahu sidang media itu boleh membahayakan (petugas) media,” katanya dalam satu muat naik di Facebook, semalam.

View Original Article