Seriuslah! Guna 3 Bahan Saja Boleh Buat Lantai Berkilat Bak Pantulan Cahaya Cermin?

Home & Living
12 Oct 2020 • 1:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kalau kemas rumah, tak sah kalau tak mop lantai, kan? Mesti kita akan mop lantai sampai bersih.

Tapi korang mesti letih kalau seharian mop lantai, tapi tak cantik atau kelihatan berkilat.

image is not available
Kredit: Harian Metro

Jadi, kali ini kami nak kongsikan rahsia macam mana nak buat lantai korang bersih dan berkilat. Pasti korang akan tersenyum lihat hasil progress korang nanti.

Tak sangka dengan hanya menggunakan tiga bahan ini dapat membersihkan lantai dan kelihatan berkilat bagaikan cermin.

Antara bahan-bahan yang perlu ada:

  • Softener (tidak kisah jenis jenama)
  • Cuka
  • Air panas

image is not available

Cara-caranya:

  1. Sediakan air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka dan softener
  2. Kemudian mopkan seluruh lantai dengan bancuhan ini
  3. Pastikan mop dikembangkan semasa proses pembersihan dan biarkan sehingga kering

Dijamin korang akan berpuas hari dengan mengunakan kaedah ini untuk membersihkan lantai selain kelihatan berkilat, bau lantai harum semerbak. Pasti jiran-jiran tanya apa rahsia korang bersihkan lantai sampai berkilat macam cermin lepas ni.