Butang Hati Diperkenalkan Di Google Discover Untuk Berita Kegemaran Dan Berita Kini Muncul Dalam Snapshot

TechnologyDigital
19 Oct 2020 • 2:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan Mac lalu, “Snapshot” mula diperlihatkan dalam aplikasi Google. Ia adalah paparan ringkas harian pengguna dalam bentuk cards yang lebih mesra pengguna. Dari cuaca, jadual, peringatan, hari jadi dan banyak lagi kini mudah dilihat dan di kawal. Hujung bulan Mac, Google tawarkan Snapshot ke pengguna aplikasi Google di iOS dan bulan Ogos lebih banyak fungsi dan ciri menarik ditambah pada mod ini.

image is not available

Terkini, berita harian mula muncul dalam Snapshot menjadikan paparan ringkasan harian pengguna menjadi lebih semak. Berita dari Google ini kini berada di mana-mana, tidak kira Google Discover, Chrome dan kini Snapshot. Ia agak menjengkelkan, tetapi mungkin untuk lebih memberi informasi kepada pengguna seperti berita yang sahih, informasi Covid-19 terkini – pada Google ini adalah jalan baik.

image is not available

Syukur, setiap berita yang muncul boleh dikawal pengguna. Sebelum ini, pengguna perlu menggunakan kawalan tatal pada butang kecil yang disediakan untuk menetapkan berita kegemaran dan tidak. Terkini, butang ini digantikan dengan ikon hati. Jadi, jika ada berita yang pengguna minat tekan sahaja butang hati. Ini bermakna, sumber berita tersebut akan lebih kerap muncul berbanding berita yang tidak hatinya tidak ditekan.

Sumber: 1, 2