Filem Ejen Ali Boleh Ditonton Di Netflix Pada Minggu Hadapan – 1 November

TechnologyDigital
25 Oct 2020 • 9:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ejen Ali merupakan salah satu siri animasi tempatan yang popular, dan filemnya telah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara sebelum ini. Terbaru, kini ia turut diumumkan filem animasi berkenaan bakal ditawarkan melalui perkhidmatan penstriman Netflix tidak lama lagi.

Ejen Ali The Movie ini bakal boleh ditonton melalui Netflix bermula minggu hadapan, 1 November.

Filem animasi ini membawakan genre aksi, menceritakan berkenaan Ejen Ali yang perlu bersama rakan-rakan dalam mengatasi plot tidak baik terhadap bandar Cyberaya. Ia turut membawakan elemen berkenaan rakan-rakan, selain turut memperlihatkan penggunaan sejumlah gajet menarik melalui animasi ini

Bagi anda yang meminati filem animasi, boleh menyemak Netflix untuk menonton filem ini mulai 1 November kelak.

Layari : Ejen Ali The Movie di Netflix