Pengguna Unifi Mobile Dikawasan Luar Liputan 4G Turut Menghadapi Masalah Rangkaian

TechnologyDigital
4 Oct 2020 • 5:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Celcom kini dilihat menghadapi masalah untuk khidmat data dan juga panggilan suara. Celcom melalui kenyataan yang dikeluarkan, mengatakan mereka sedang melihat untuk mengatasi masalah teknikal ini secepat mungkin.

Selain Celcom, pengguna Unifi Mobile turut terkesan dengan masalah ini. Pengguna Unifi Mobile diluar kawasan rangkaian 4G turut tidak boleh membuat panggilan suara mahupun data.

Untuk makluman, Unifi Mobile sedia memilih Celcom sebagai rakan kerjasama domestik, dan menggunakan rangkaian mereka untuk khidmat telekomunikasi disejumlah kawasan tanpa liputan 4G Unifi Mobile.

Pihak Unifi mengatakan untuk menggunakan rangkaian 4G LTE sekiranya mempunyai liputan, atau menantikan seketika sehingga masalah teknikal rakan domestik mereka diselesaikan.