Amyra Rosli Buka Rahsia Kenapa Phone Kerap Hilang Dekat Rumah

LocalEntertainment
24 Oct 2020 • 8:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Sudah menjadi kebiasaan bila anak sedang membesar, sifat ingin tahu dan mahu mencuba sesuatu itu mesti tinggi kan?

Tambah lagi, jika mereka terikut-ikut gaya dan cara orang dewasa, mesti kelakar habis.

image is not available

Itulah yang terjadi kepada pelakon cantik, Amyra Rosli yang dikatakan sering kehilangan telefon bimbitnya di rumah.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Amyra di laman Instagram miliknya itu menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku kepada telefonnya yang selalu ‘ghaib’.

“Phone mommy selalu hilang kat rumah pastu dah beberapa jam jumpa phone balik dan tengok penuh gallery.

image is not available

“Pastu mommy gelak-gelak pastu lupa nak replyyyy msg korang.

“So kalau ada anything urgent call je terus ok,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lebih mencuitkan hati apabila foto-foto yang dikongsikan oleh Amyra itu sendiri merupakan anak lelakinya, Aqeef Anaqi.

Anaqi yang terlihat mengambil gambarnya sendiri dengan mengunakan telefon bimbit milik ibunya sehinggakan penuh gambarnya di telefon berkenaan.

image is not available

Pasangan selebriti Malaysia ini, Amyra Rosli dan Amar Baharin ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.