OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Diacahkan – Pra-tempah di China Bermula 4 November

TechnologyDigital
15 Oct 2020 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus semalam baru sahaja melancarkan peranti terbaru mereka, iaitu OnePlus 8T. Peranti ini hadir dengan paparan skrin Fluid AMOLED dengan resolusi Full HD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dan dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 865 dengan memori sehingga 12GB.

image is not available

Terkini, nampaknya OnePlus dan CD Projekt Red, syarikat pembangun permainan komputer yang terkenal untuk permainan seperti The Witcher telah mengumumkan sebuah kerjasama dimana OnePlus akan menjual peranti OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077, permainan komputer terbaru keluaran mereka.

image is not available

Video acah yang diperlihatkan oleh OnePlus di Weibo menunjukkan bahawa peranti tersebut akan hadir didalam permainan tersebut, tetapi OnePlus turut mengesahkan bahawa ia akan tiba di dunia nyata juga.

Video acah tersebut tidak memperlihatkan rekaan OnePlus 8T Cyberpunk 2077 tersebut, tetapi pra-tempah untuk peranti edisi terhad ini disahkan akan dibuka di pasaran China pada 4 November kelak.