Audio Kini Boleh Dipotong Melalui Pilihan Teks Yang Telah Ditranskrip Pada Aplikasi Perakam Suara Google

TechnologyDigital
1 Oct 2020 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas semasa Google Pixel 4 dilancarkan, Google telah memperkenalkan aplikasi perakam suara yang gila maju. Ia boleh mentranskrip audio kepada teks dan pengguan boleh mencari bahagian audio yang diingini melalui bar carian sahaja. Misalnya anda merakam suara “My name is Fahim and I’m using the Pixel 4”, ia boleh berubah menjadi teks dan pada bar carian anda boleh isi teks “Pixel 4” – sistem Google boleh mengenalpasti saat mana perkataan itu disebut.

image is not available

Terkini pada Pixel 4a 5G dan Pixel 5, Gogle menambah lagi kehebatan perakam suara ini ke tahap yang lebih maju. Pengguna kini boleh memotong bahagian audio yang tidak diingini melalui pilihan teks sahaja. Selepas audio selesai dirakam dan transkrip sudah tersedia. Baca semula dan cari teks yang tidak diingini, pilih dan potong – audio turut akan dipotong.