Ayah pun rindu dekat Ain dan adik – Shuk Sahar

7 Oct 2020 • 4:01 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYAMPAI radio dan pelawak Shuk Sahar terpaksa berjauhan seketika dengan isteri dan anak-anaknya yang kini sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di lama Instagram miliknya, Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar, 34, berkongsi detik anak-anak yang meluahkan rasa rindu.

“Ayah, Ain nak sayang ayah. Pegang tangan Ain ni.

“Ayah pun rindu dekat Ain dan adik. Nanti Ain dah habis kuarantin gelang pink, ayah balik peluk semua,” ujar Shuk, sayu.

View this post on Instagram

"Ayah , ain nak sayang ayah..pegang tangan ain ni"

image is not available
Ayah pun rinduuuuu dekat ain dan adik.. nanti ain dah habis kuarantin gelang pink ayah balik peluk semua image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available #Repost @rossa.sera • • • • • • Your home is where your FAMILY is. Night @shuk_hotfm stay safe.. nampak x , walaupun kuarantin di rumah ttp sedih mcm ni.. patuh sop everyone. #stayhome #quarantine

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on

Ramai yang berkongsi rasa sayu melihat kedua-dua anak Shuk mahu memeluk pelawak tersebut namun tidak dapat berbuat demikian kerana mereka dalam tempoh kuarantin.

Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi turut berkongsi perasaan sama apabila melihat keadaan anak-anaknya terpaksa menahan rindu untuk memeluk bapa mereka.

“Nampak tak, walaupun kuarantin di rumah, tapi sedih macam ini. Patuh SOP everyone,” ujarnya.

Rossalennah dan kedua-dua anaknya perlu melalui tempoh kuarantin selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

 

(FOTO: Instagram Shuk Sahar )

The post Ayah pun rindu dekat Ain dan adik – Shuk Sahar appeared first on Sinar Plus.