Pendapatan Melebihi RM500,000 Sehari, Ed Sheeran Kekal Sebagai Artis Terkaya Di Britain

Art
4 Oct 2020 • 11:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Penyanyi lagu Shape of You, Ed Sheeran dikatakan dalam masa sehari dia memperoleh pendapatan sebanyak £100,000 (RM535,000) pada tahun lalu dan menjadikannya antara artis solo ketiga terkaya di dunia selain Taylor Swift dan Kanye West.

Menerusi akaun syarikat milik Ed Sheeran pada tahun 2019, syarikatnya memperoleh keuntungan kasar sebanyak £36.4 juta (RM192 juta), atau kira-kira £99,881 (RM529,000) sehari.

image is not available

Dalam pada itu, Ed Sheeran yang merupakan seorang komposer dan penerbit, merupakan artis Britain terkaya pada usia 29 tahun dan memperoleh pendapatan hampir 55 peratus lebih tinggi berbanding pada tahun 2018. Dia juga mempunyai nilai bersih sebanyak £200 juta (RM1.07 bilion).

Sejak pada tahun 2017, dia berjaya memperoleh pendapatan sebanyak £87.6 juta (RM468.7 juta) dan melalui rekod akaunnya menunjukkan dia membayar cukai sebanyak £6.9 juta (RM36.9 juta) pada tahun 2019.

image is not available

Penyanyi yang berasal daripada United Kingdom ini memegang gelaran artis terkaya di Britain dan merupakan artis ketiga terkaya di dunia selain Taylor Swiftt dan Kanye West pada tahun 2019. Mereka masing-masing memperoleh sebanyak £143 juta (RM765 juta) dan ₤115 juta pound (RM615 juta) pada tahun itu.

image is not available