Baru-baru ini, tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun terlihat berlegar-legar di tepi jalan untuk meminjam sedikit wang daripada orang ramai.
Perkongsian daripada pengguna Facebook, Dzul Ikh Wan telah meraih perhatian ramai termasuklah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang tampil menghulurkan bantuan buat keluarga kanak-kanak tersebut.

Biarpun, mendapat bantuan Zakat Selangor, kehidupan keluarga kanak-kanak ini terlihat hidup dalam keadaan sederhana.
Menurut Ebit, setelah dia bertemu dengan keluarga tersebut dan mendengar kisah hidup mereka, beliau menawarkan kepada anak-anak pasangan tersebut untuk bersekolah di Madrasah Tahfiz dan mereka bersetuju untuk bersekolah di sana.
Terperanjat td parking kereta nk beli megi utk hafizhan tetiber budak ni ketuk tingkap. Bukak tingkap tanya nak apa? Dia…
Tambahnya, Ebit yang tidak mahu berlengah lagi terus membawa mereka untuk membeli barangan kelengkapan untuk ke madrasah dan mendaftarkan mereka untuk memulakan sesi persekolahan di Melaka.
Di samping itu, beliau juga membelanja adik-beradik tersebut makan di restoran makanan segera KFC bagi menghiburkan hati mereka.
Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji tindakan murni pendakwah tersebut yang menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan.
Posted by Ebit Lew on Wednesday, October 14, 2020
Mereka juga mendoakan adik-beradik tersebut belajar dengan baik dan menjadi anak yang akan berbakti kepada orang tuanya.
Kehidupan kanak-kanak tersebut berubah, yang dulu viral di tepi jalan sekarang bakal jadi daie hafiz alim. Semoga suatu hari nanti kehidupan keluarga ini berubah.


