Jadikan Teks Pada Lukisan Adobe Fresco Anda Lebih Cantik Dengan Typography Brushes

TechnologyDigital
22 Oct 2020 • 2:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi pengguna Adobe Fresco, mungkin adakalanya anda inginkan tulisan yang menyerupai atau mempunyai tema sama seperti luksan anda. Namun tulisan yang ditawarkan mungkin berlainan, dan tidak sepadan dengan lukisan yang anda hasilkan.

Salah satu demonstrasi fungsi eksperimental di Adobe Max Sneaks adalah Typographic Brushes. Pengguna boleh melakarkan corak tertentu yang akan disimpan sebagai Brushes, kemudian menukar teks mereka kepada corak yang telah dipilih.

Malah ia turut menyokong simpanan Brushes ini untuk dikongsi dengan yang lain. Pengguna juga bebas melakukan corak tambahan, yang boleh diaplikasikan kepada semua teks termasuklah teks bahasa Jepun.

image is not available

Selain dari itu, sekiranya terdapat sebarang corak atau lakaran untuk huruf tertentu, Fresco dapat mengesan perubahan tersebut, dan akan meletakkan objek tersebut pada setiap huruf secara berkadaran.

Buat masa ini ia masih tidak dapat diketahui sekiranya fungsi ini bakal diwujudkan pada Adobe Fresco.