Terus menyanyi dan berkarya, peminat persoal Altimet masih aktif

Music
14 Oct 2020 • 12:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PERNAH mengumumkan untuk bersara dari industri nyanyian apabila berusia 40 tahun, dua tahun lalu, namun kemunculan komposer dan rapper terkenal, Altimet dengan lagu baharu nyata memberi kekeliruan kepada peminatnya.

Seorang pelayar di Twitter turut bertanya mengenai perkara itu menerusi Twitternya setelah promo lagu terbaharu Altimet bersama Mimifly iaitu Hujan kini mula dihebahkan menerusi media sosial dan media massa.

“Altimet tak jadi bersara ke apa mat?” soal individu yang menggunakan nama Mohd Nizar Nasir itu.

image is not availableTidak melatah dengan pertanyaan itu, Altimet menjelaskan semuanya sudah dirancang lebih awal.

“Stock lagu banyak, bro. 10 tahun menulis dan merakam, sampai bini (isteri) kena paksa pergi cuti. Ilham menulis ni rezeki, jadi bila lebih kita simpan untuk hari kemudian.

“Semua dah aku rancang. Tanggapan orang kita, penghibur ini tak ada perancangan. I’m cut from a diff cloth, der,” tulisnya.

Jawapan Altimet itu menerima reaksi positif daripada peminat yang masih mahukan beliau terus berkarya.

image is not available
Komen membina daripada peminat yang mahukan Altimet terus berkarya.

 

View this post on Instagram

Kadang berbisik, kadang bergema, kadang membelai, kadang mencaci cela. Berdepan dgn isu kesihatan mental bukan perkara yang mudah. Lagi lagi bila berseorangan. Kalau awak berdepan dgn isu mcm ni, cuba dapatkan pertolongan dari orang yang memahami. Layan ‘Hujan’ di YouTube image is not available https://lnk.to/HujanAltimetxMimifly

A post shared by Altimet (@altimet) on

The post Terus menyanyi dan berkarya, peminat persoal Altimet masih aktif appeared first on Sinar Plus.