Pelembap bibir berteknologi untuk atasi masalah bibir pecah, kering

Beauty
13 Oct 2020 • 12:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PRODUK keluaran Mentholatum semestinya menjadi pilihan kebanyakan wanita terutama produk pelembap bibirnya.

Terbaharu, Mentholatum memperkenalkan inovasi terkini mereka, Melty Cream Lip.

Melty Cream Lip diformulasi dengan beberapa teknologi bagi memastikan bibir sentiasa mendapat penghidratan dan perlindungan yang diperlukan.

Produk itu antara lain dilengkapi teknologi sentuhan krim, Moist Bank dan tiga jenis ceramide yang membantu membentuk dan menguatkan perintang air untuk mengelakkan kehilangan lembapan pada bibir.

Jika anda mempunyai masalah bibir kering dan pecah, Melty Cream Lip harus dibawa bersama.

image is not available
Untuk mendapatkan perbandingan harga berbaloi sila klik sama ada pada platform Shopee atau Lazada.

Sebagai tambahan, pelembap bibir ini mengandungi SPF25/PA +++ untuk melindungi bibir daripada sinaran UV berbahaya.

Diperkemas dengan reka bentuk pembungkusan aluminium Jepun yang unik, Melty Cream Lip hadir dalam dua varian iaitu Fragrance Free dan Rich Honey.

Ia dijual pada harga RM19.90 (15 gram) dan boleh didapati di semua kedai farmasi utama seluruh negara juga secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada.

The post Pelembap bibir berteknologi untuk atasi masalah bibir pecah, kering appeared first on Sinar Plus.