9 jawatan petugas perubatan sukarelawan bukan KKM diperlukan, ini cara untuk buat permohonan

15 Oct 2020 • 6:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DALAM menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan lebih ramai petugas perubatan dan kesihatan menawarkan diri sebagai sukarelawan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, antara keperluan ketika ini adalah mengerahkan petugas kesihatan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah bagi membantu menangani kes Covid-19 yang semakin menular di sana.

Pihak KKM juga memerlukan sukarelawan bagi mengisi beberapa jawatan seperti berikut:

  1. Doktor Perubatan
  2. Pegawai Sains Mikrobiologi
  3. Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Jururawat
  5. Penolong Pegawai Perubatan
  6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  7. Juruteknik Makmal Perubatan
  8. Juru X-ray
  9. Pembantu Kesihatan Awam

Skop tugas sukarelawan yang diperlukan adalah untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:

  • Saringan suhu/simptom di fasiliti kesihatan/pintu masuk antarabangsa/stesen kuarantin.
  • Siasatan kontak/pengambilan sampel Covid-19 di lapangan.
  • Penjagaan/rawatan pesakit di hospital.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan pula adalah:

  • Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
  • Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
  • Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
  • Tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam masa 14 hari.

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan butiran di https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui e-mel: mobilisasi19@gmail.com

The post 9 jawatan petugas perubatan sukarelawan bukan KKM diperlukan, ini cara untuk buat permohonan appeared first on Sinar Plus.