Seperti Samsung, OnePlus Turut Diperkatakan Akan Mempercepatkan Pelancaran OnePlus 9

TechnologyDigital
21 Oct 2020 • 7:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus dilihat terus-menerus untuk memberi yang terbaik buat peminat setia. Mereka juga dilihat berjaya menarik perhatian ramai menerusi pengenalan sejumlah peranti terkini dengan spesifkasi yang menarik – ia temasuklah siri OnePlus 8, OnePlus Nord dan juga paling terkini adalah OnePlus 8T.

image is not available
OnePlus 8T

Dalam perkembangan terkini, mereka dikatakan telah memulakan pembangunan untuk model OnePlus 9. Apa yang menariknya, terdapat desas-desus mengatakan bahawa OnePlus mungkin akan memperkenalkan model ini empat minggu lebih awal daripada kiraan pelancaran biasa. Laporan memetik sumber mendakwa acara pengenalan produk ini mungkin dijadualkan berlangsung sekitar pertengahan Mac 2021 kelak.

Pengenalan awal ini juga membolehkan model ini dijual lebih lama, sebelum kemas kini model terbaru dikeluarkan. Mungkin terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai spesifikasi dalamannya. Namun, ia dikatakan bakal menyertakan cip Snapdragon 875 yang dijangka diumumkan sekitar penghujung tahun ini.

image is not available

Bagaimanpun, OnePlus bukanlah satu-satunya pengeluar yang mempunyai perancangan untuk mempercepatkan pengenalan telefon pintar mercu terbaru mereka untuk tahun hadapan. Sebaliknya, Samsung juga mempunyai perancangan yang sama apabila dikatakan mungkin memperkenalkan Galaxy S21 lebih awal berbanding yang dijangka.