[VIDEO]Tuan tak bawa berjalan, ‘Bulat’ merajuk tengok luar je

14 Oct 2020 • 3:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

HANYA pencinta si comel yang sejati sahaja memahami kehendak dan cita rasa haiwan kesayangannya.

Apabila si bulus bertindak lain macam atau berkelakuan pelik, mesti ada yang dia tidak berpuas hati atau tersinggung kan.

Begitulah kisahnya dengan seekor kucing kelabu dipanggil Bulat ini apabila berkelakuan seolah merajuk dengan tuannya yang tidak bawa berjalan di luar.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Chelle di aplikasi TikTok, Bulat hanya memandang ke luar di tepi beranda dan langsung tidak menyahut atau berpaling walaupun namanya dipanggil beberapa kali.

@borneogirlzzpart 2…nampk nya bulat masi mara..mcmna nak pujuk c kuat merajuk
image is not available
image is not availableimage is not available##fypシ ##catlover ##munchkincat♬ original sound – chelle

Artikel berkaitan: “Tak berenggang, minum air sisa tuan” – Rupanya si Uteh tahu bakal ditinggalkan selamanya

Tidak hanya habis di situ, Chelle sekali berkongsi video yang mengatakan Bulat masih merajuk.

Dia mengatakan emosi si comel itu turut belum reda walaupun telah berjanji akan membawa bersiar-siar.

Selain Bulat hanya memberikan jelingan kurang puas hati, dia turut mengelak daripada disentuh.

Chelle juga turut akui sudah buntu dalam usaha memujuk kembali kucing comel berkenaan.

Rakaman video si Bulat berketurunan British Shoort Hair tersebut menjadi tarikan warganet dan kini meraih lebih 680 ribu tontonan setakat ini.

Warganet turut memberi pelbagai reaksi terhadap si comel itu antaranya;

Nak pujuk kucing kena lembut, sambil bercakap dan berbisik dengan dia.. baru dia lembut.

Ololo sian dia merajuk.

Kucing ni ikut tuan… tuannya pun mesti kuat merajuk kan…

Wei pandai sangat merajuk… comel sungguh.

Saya mahu tengok lagi muka si Bulat ni…

Kenapa cute sangat tu!!!

Makin comel dia merajuk dan marah.

@borneogirlzzpart 2…nampk nya bulat masi mara..mcmna nak pujuk c kuat merajukimage is not availableimage is not availableimage is not available##fypシ ##catlover ##munchkincat

♬ original sound – chelle

The post [VIDEO]Tuan tak bawa berjalan, ‘Bulat’ merajuk tengok luar je appeared first on Sinar Plus.