Lost World of Tambun ditutup sementara kerana pengunjung disyaki Covid-19

14 Oct 2020 • 9:41 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KES Covid-19 di negara kita sehingga ke hari ini, masih lagi tinggi. Terbaru, difahamkan sebuah taman tema telah ditutup buat sementara waktu kerana salah seorang pengunjungnya disyaki mengalami simpton wabak tersebut.

Justeru, melalui siaran media yang dikirimkan, pihak pengurusan Sunway Lost World Of Tambun telah mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan langkah-langkah yang telah dilakukan.

image is not available

“Berhubung dengan perkembangan ini, kami akan menutup Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel selama 14 hari, bermula dari 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020 bagi kerja-kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema dan hotel kami untuk melindungi para pengunjung dan orang ramai.

image is not available

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah segera melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.

“Kami berharap orang ramai untuk kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan dan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah ini,” tulis siaran tersebut.

image is not available

Pihak pengurusan Sunway juga memaklumkan bahawa mereka akan terus memastikan bahawa keselamatan dan kesihatan para pengunjung serta semua kakitangan menjadi keutamaan, dan akan berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat buat semua.

The post Lost World of Tambun ditutup sementara kerana pengunjung disyaki Covid-19 appeared first on Sinar Plus.