Bercutilah, tapi kita jaga kita!

Health & Fitness
7 Oct 2020 • 10:26 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEBELUM ini, kita semua terikat dengan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu akibat pandemik koronavirus Covid-19.

Perlahan-lahan rakyat sudah mula tersenyum apabila masing-masing sudah mula bergerak bebas tetapi masih dalam ‘mood’ PKP Pemulihan (PKPP). Aktiviti pelancongan domestik juga sudah kembali rancak.

image is not available

Kempen Cuti-Cuti Malaysia yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) terus diperhebat bagi menggalakkan rakyat negara ini meneroka keindahan lokasi menarik dalam negara.

image is not available

Namun, dalam keseronokan meneroka lokasi-lokasi percutian menarik dalam negara, jangan abaikan Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pembudayaan norma baharu menggunakan pendekatan Cegah dan didik, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP) perlu sama-sama dijaga walaupun anda dan keluarga sedang berseronok di tempat orang.

image is not available

Patuhi langkah-langkah di bawah:

  • Check-in menggunakan aplikasi MySejahtera
  • Jaga jarak iaitu sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain
  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer
  • Pakai pelitup muka jika berada di tempat sesak atau jika penjarakan fizikal tidak dapat dilakukan
  • Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
  • Dapatkan rawatan jika bergejala

The post Bercutilah, tapi kita jaga kita! appeared first on Sinar Plus.