OnePlus Nord Edisi Khas Adalah Warna “Gray Ash” – Kemasan Kelabu Pusam

TechnologyDigital
15 Oct 2020 • 12:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya ramai yang tertipu dengan gimik pemasaran OnePlus. Beberapa hari lepas, OnePlus ada mengacah yang mereka akan hadir dengan OnePlus Nord edisi khas. Tetapi semasa pelancaran OnePlus 8T tadi, OnePlus Nord “edisi khas” ini hanyalah warna baharu Gray Ash.

image is not available

Ia adalah warna kelabu dengan kemasan pusam (matte). Ramai sangkakan OnePlus akan hadir dengan versi Sandstone bagi mengimbau kembali kenangan OnePlus One dan OnePlus Two. Sebaliknya, gambar seakan pasir kelabu itu hanyalah untuk warna baharu OnePlus Nord.

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan OnePlus dengan janaan cip Snapdragon 765G, skrin AMOLED 90Hz, serta sistem kuad kamera 48MP. Harga jualan di Malaysia adalah bermula dari RM1,799. OnePlus Malaysia mungkin akan membawa masuk OnePlus Nord Gray Ash ini, kerana mereka ada mengacah tidak lama lagi akan ada jualan khas di atas talian. Sama-sama kita nantikan.

image is not available