Penganalisa : iPhone 12 Mini Mungkin Membuka Kepada Trend Telefon Bersaiz Mini

TechnologyDigital
22 Oct 2020 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penganalisa Kantar kini telah mengeluarkan pandangan mereka, mengatakan iPhone 12 mini mungkin akan membuka kepada trend telefon bersaiz mini – sekaligus membuatkan lebih ramai pengeluar hadir dengan telefon bersaiz kompak dan mini.

Menurut Kantar, sekitar 12% pengguna memilih peranti berdasarkan saiz dan keselesaan di tangan. Apple pada tahun ini telah memperkenalkan empat variasi model dengan saiz berbeza. Yang mencuri perhatian dan menjadi penawaran baru adalah iPhone 12 Mini yang hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama, tetapi dengan saiz lebih kompak.

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa pengeluar seperti Sony dan Samsung yang hadir dengan variasi penawaran bersaiz mini. Disamping itu, Redmi sendiri telah mengatakan mereka sedang melihat kepada penawaran peranti bersaiz mini tidak lama lagi. Mungkinkah kita akan melihat lebih banyak telefon bersaiz mini daripada pengeluar Android, dan mengekalkan ciri mercu selepas ini?