Samsung Galaxy Tab S7 Kini Menyokong Mod Permainan Fortnite Pada Kadar 90FPS

TechnologyDigital
13 Oct 2020 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Tab S7 dan S7+ adalah tablet mercu terbaru Samsung. Ia dijana dengan Snapdragon 865+, hadir dengan sokongan S-Pen sama seperti siri Galaxy Note20, serta menggunakan skrin 120Hz. Dengan skrin ini, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan menarik.

image is not available

Tablet ini turut memfokuskan kepada permua, kerana kemampuannya yang hebat. Terkini, Samsung dan Epic Games telah pun mengumumkan kerjasama, sekaligus membolehkan para pengguna Galaxy Tab S7 menikmati permainan Fortnite pada kadar 90FPS.

Menurut Samsung, kemampuan ini hanya ditawarkan melalui Galaxy Store sahaja. Buat masa ini, ia dilihat ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu.