‘Awak bukan scammer…’ – Fouziah Gous mohon maaf pada Shuib

24 Oct 2020 • 10:42 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SETELAH sekian lama tidak beraksi di kaca TV, pelakon dan pengacara tinggi lampai, Datin Fouziah Gous membuat kemunculan istimewa sebagai artis jemputan di program komedi, Sepahtu Reunion Live 2020, Khamis lalu.

Membawakan watak sebagai Hawa, isteri kepada Kamil yang dijayakan Jep Sepahtu, Fouziah berkongsi rasa teruja apabila dapat bersama-sama Sepahtu menghiburkan penonton di rumah.

Bagaimanapun sebaik berakhir program itu, Fouziah, 38, sempat memohon maaf kepada Shuib menerusi akaun Instagramnya.

Semuanya gara-gara Fouziah turut sama ‘membahan’ Shuib berkaitan isu scammer.

“Lama tak belakon, bagi chance ek. Maafkan saya Arbaiee (Shuib Sepahtu).

“Terima kasih kerana menjemput saya Sepahtu Reunion. Semua orang tahu kehebatan korang, saya doakan kalian terus mendapat ilham untuk hiburkan kita semua. Juga berjaya dunia akhirat,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

image is not available
Fouziah dalam salah satu babak Sepahtu Reunion Live 2020.

Dalam program yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna itu, Fouziah meluahkan perasaannya yang terluka akibat diceraikan Kamil kepada Arbaiee.

“Awak sangat baik, awak bukan scammer,” tutur Fouziah sebelum disambut deraian ketawa oleh kru dan pemuzik yang berada di Teater Shah Alam.

Sementara itu, rata-rata yang menonton aksi Fouziah, mengharapkan selebriti yang kini bergelar usahawan itu kembali mewarnai industri lakonan.

Malah Fouziah juga mengakui menerima banyak mesej sebaik berakhirnya siaran Sepahtu Reunion Live 2020.

 

View this post on Instagram

 

Lama tak belakon, bagi chance ekimage is not available. Maafkan saya Arbaiee @shuibsepahtu . . اَلْحَمْدُلِلّهِ thanks for having me @sepahtureunionliveofficial ! Semua orang tahu kehebatan korang, saya doakan kalian terus mendapat ilham untuk hiburkan kita semua. Juga berjaya dunia akhirat image is not available

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous) on

 

The post ‘Awak bukan scammer…’ – Fouziah Gous mohon maaf pada Shuib appeared first on Sinar Plus.