Xiaomi Melancarkan TWS Mi Air 2 Pro – Hadir Dengan Sokongan Pembatalan Hingar Aktif

TechnologyDigital
13 Oct 2020 • 4:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi hari ini telah mengumumkan kehadiran TWS terbaru mereka, iaitu Mi Air 2 Pro. Ia adalah set fon telinga nirwayar sebenar dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Produk ini telah tertiris lama, akhirnya Xiaomi mengesahkan kewujudannya.

image is not available

Ia bukan sekadar hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif, tetapi turut menggunakan rekaan mirip AirPods Pro pada bahagian fon telinga. Pod pengecasan dilihat mengekalkan rekaan sama seperti TWS Xiaomi sebelum ini. Ia juga hadir dengan sokongan pengurangan hingar digital hibrid, yang mana menggunakan tiga mikrofon sama seperti sistem ANC mereka.

image is not available

Pemacu audio adalah 12mm dengan diafragma LCP bersama-sama dengan intensiti pengurangan hingar sebanyak 35dB. Pod pengecasan turut menyokong pengecasan nirwayar dan hadir dengan empat saiz fon telinga. Untuk kualiti muzik, ia telah ditala oleh Luca Biggardi.

image is not available

Ketahanan bateri adalah 7 jam sekali pakai dan 28 jam dengan pod pengecasan. Seperti kebanyakan TWS lain, Mi Air Pro turut menyokong tambatan pantas. Buat masa ini, Xiaomi sudah mula mengambil tempahan untuk pasaran China dengan tanda harga RMB699 (~RM430).