Lagu Terbaru Blackpink Lovesick Girls Diterbitkan Dalam PUBG Mobile

TechnologyDigital
2 Oct 2020 • 12:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Blackpink dahulunya “dalam kawasan” anda dan kini mereka menerjah masuk ke dalam permua popular PUBG Mobile pula. Hari ini single terbaru mereka Lovesick Girls telah diterbitkan dalam PUBG Mobile. Apabila permua dilancarkan, lagu akan dimainkan di dalam lobi permainan menggantikan lagu How You Like That yang dimainkan sebelum ini.

image is not available

Selain single terkini, pemain PUBG Mobile juga dapat menaiki pesawat kargo berwarna merah jambu dan berlogo Blackpink sebelum terjun ke medan perang sepanjang bulan Oktober. Pelbagai lagi kandungan bertemakan Blackpink seperti papan iklan dan penghantaran pakej dari udara dengan asap merah jambu juga ditawarkan kepada pemain serta peminat.