BIASANYA kita hanya jumpa orang menulis dan membaca jawi sahaja kan?
Namun apa yang dikongsikan oleh @myhellomedia kelihatan sedikit berbeza apabila selebriti Tik Tok itu bersembang dengan ibunya menggunakan ejaan jawi.
Menariknya, video tersebut turut mendapat ulang kicau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan memuji perbualan ibu dan anak itu.
Kata beliau, hebat, susah nak faham. Kena dengar dua hingga tiga kali baru faham.
Warganet turut menghujani pelbagai reaksi di ruangan komen, antaranya:
Laju mak dan anak ini mengeja jawi. Sampai kita rasa ia jadi satu bahasa pula.