BIASANYA berdengkur ketika tidur dikaitkan dengan manusia apabila badan terlalu penat.
Namun lain pula terjadinya apabila perkongsian daripada Twitter Nature & Animals @AnimalsWorld ini apabila menunjukkan seekor kucing hitam yang sedang tidur nyenyak.
Walau bagaimanapun, kucing tersebut telah berdengkur dengan bunyi yang agak kuat sama seperti manusia.
Situasi itu sempat dirakam oleh pemilik kucing terbabit ketika dia mendukung haiwan tersebut.
Posting yang berdurasi selama beberapa saat tersebut dimuat naik semalam dan sehingga kini telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 61.9 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.