Huawei FreeBuds Studio Ialah Fon Kepala Dengan Pembatalan Hingar Aktif – Berharga RM1199 Di Malaysia

TechnologyDigital
22 Oct 2020 • 10:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas melancarkan beberapa fon telinga dengan kemampuan pembatalan hingar aktif (ANC), hari ini Huawei FreeBuds Studio telah dilancarkan sebagai fon kepala dengan ANC pertama keluaran mereka.

image is not available

Fon kepala dilengkapi dua pemandu audio sebesar 40mm dan enam mikrofon pada bahagian luaran. Dengan pemandu audio yang besar, kualiti bunyi yang lebih padu dapat dinikmati berbanding menggunakan sepasan fon telinga. Enam mikrofon pada bahagian luar pula akan sentiasa menyukat kekuatan bunyi luaran untuk memberikan sistem ANC yang dinamik. Bunyi hingar sehingga 40dB dapat dibatalkan menggunakan FreeBuds Studio.

image is not available

Kawalan sesentuh disokong pada penutup telinga kanan untuk menjeda, melangkau muzik dan mengawal tahap kekuatan audio. Fon kepala ini juga boleh menjeda apabila mengesan ia telah ditanggalkan. Dengan sekali caj bateri boleh beroperasi sehingga 24 jam dengan pengecasan menerusi port USB-C.

Sedikit mengecewakan tiada sokongan kabel 3.5mm untuk melakukan sambungan secara berwayar.

Di Malaysia, Huawei FreeBuds Studio ini akan ditawarkan pada harga RM1199 bermula 30 Oktober ini.

image is not available