Samsung Galaxy S21 Melepasi 3C, Dijana Snapdragon 875 Dan Pengecasan Pantas 25W

TechnologyDigital
16 Oct 2020 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S21 adalah peranti mercu baharu Samsung, sebagai pengganti kepada Galaxy S20. Pelancaran peranti ini adalah lebih awal dari yang dijangka dan ada kemungkinan ia akan tiba pada bulan Disember ini. Jika benar ia akan hadir pada tahun ini juga, peranti Galaxy S21 dengan janaan cip Snapdragon 875 akan menewaskan semua peranti Android tahun 2020.

image is not available

Terkini, peranti Samsung dengan nombor model SM-G9910 telah melepasi laman 3C di China. Peranti ini dikatakan dijana dengan Snapdragon 875 dan akan hadir dengan sistem pengecasan pantas 25W. Peranti ini dikhabarkan adalah Galaxy S21 dan baru sahaja didaftarkan pada 15 Oktober lepas. Bateri pula dikatakan adalah 4,000mAh.

Jika benar peranti ini akan dilancarkan pada bulan Disember, ini bermakna Samsung tercabar dengan iPhone 12 dengan cip A14 Bionic. Jadi dengan pelancaran peranti mercu baharu lebih awal, ia boleh bersaing secara lebih sengit. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.