Ibu Neelofa Panjat Rasa Syukur Anaknya Kini Berniqab [Video]

15 Oct 2020 • 5:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa baru-baru ini mengejutan dunia hiburan khususnya peminat beliau apabila berkongsi beberapa foto memperlihatkan dirinya tampil dengan mengenakan Niqab

Perkongsian tersebut jelas disambut baik oleh orang ramai yang memuji penampilannya yang begitu sopan namun dalam masa mengundang persoalan orang ramai adakah itu imej terbaharunya.

View this post on Instagram

لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Terbaru menerusi satu posting di IG Story Neelofa akhirnya menjawab persoalan tersebut apabila dia memuat naik status memohon orang ramai agar mendoakannya untuk terus istiqamah dalam perjalanan baharu beliau ini.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datang harinya.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi.

Neelofa

image is not available

Berita tersebut jelas menggembirakan peminatnya, namun orang yang paling bersyukur dengan penampilan baharu tersebut pastinya ibu Neelofa, Pn Noor Kartini

Jelas beliau tidak mampu menyorokkan rasa sebak dan gembiranya dengan penghijrahan yang dilakukan Neelofa

Meneruti instagramnya, Kartini turut memuat naik video di mana beliau memeluk Neelofa sebagai tanda menyokong penghijrahan anaknya itu.

View this post on Instagram

MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku.. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn Love you bidadariku @neelofa ❤️ #anakluarbiasa

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

“MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaMU mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku”

”Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia. Amin.

“Love you bidadariku Neelofa” 

– Ibu Neelofa, Noor Kartini

 

Penghijran terus menyebabkan netizen terutamanya peminat Neelofa membanjiri ruangan komennya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar selebriti popular itu terus kekal istiqamah.