Dropbox Hadir Dengan Penawaran Pelan Keluarga – 2TB Untuk Sehingga 6 Pengguna, $16.99 Sebulan

TechnologyDigital
22 Oct 2020 • 1:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dropbox kini telah memperkenalkan ciri pelan langganan keluarga, sekaligus membolehkan sehingga 6 pengguna berkongsi untuk langganan storan berbayar sehingga 2TB.

image is not available

Dropbox menawarkan dua kaedah bayaran,dimana untuk mereka yang memilih membayar untuk setahun, ia akan dikira pada harga $16.99 sebulan. Sementara sekiranya anda memilih untuk membayar setiap bulan, maka anda akan dikenakan caj sebanyak $19.99.

Melalui pelan Family ini, selain penawaran akaun biasa, anda akan turut diberikan akses untuk Family Room yang berupa perkongsian folder sama antara 6 pengguna.

Disamping itu, pengguna turut akan menerima akses kepada Dropbox Password dengan langganan pelan keluarga ini.

Bagi anda yang berminat, boleh melanggan pelan ini bermula hari ini melalui laman Dropbox hari ini.