ZTE Watch Live Dilancarkan – Pesaing Kepada Redmi Watch

TechnologyDigital
27 Nov 2020 • 6:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam, Redmi telah melancarkan “jam tangan” pintar pertama mereka iaitu Redmi Watch. Peranti boleh pakai Redmi ini lebih kepada penjejak kesihatan dalam bentuk jam tangan sahaja. Ia menawarkan skrin 1.4-inci, Xiao AI terbina, menjejak kecergasan, tujuh mod sukan berbeza, selain turut menyertakan sokongan kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

image is not available

ZTE kemudiannya turut melancarkan produk yang lebih kurang sama dengan harga yang lebih murah, iaitu ZTE Watch Live. Ia hadir dengan skrin 1.3-inci TFT, kebolehan menukar muka jam, mengimbas nadi selama 24-jam, menjejak kepekatan oksigen dalam darah, pemantauan tidur, serta mempunyai 12 mod sukan.

image is not available

Ketahanan bateri adalah 14 hari sehingga 21 hari serta mempunyai fungsi asas jam tangan pintar seperti pemberitahuan notfikasi, kawalan muzik, pengatup kamera dan banyak lagi. Harga jualan adalah 229 Yuan (~RM141) berbanding Redmi Watch yang dijual pada harga 299 Yuan (~RM184). Warna yang ada adalah hitam, jingga, hijau dan biru. Buat masa ini, jualan hanya terhad di negara China sahaja.