Harga Tempatan Siri CPU AMD Ryzen 5000 Kini Rasmi – Bermula Dari RM1349

TechnologyDigital
3 Nov 2020 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri CPU AMD Ryzen 5000 yang diperkenalkan pada awal bulan Oktober yang lalu bakal dilancarkan, dan tanda harga untuk pasaran tempatan telahpun diperlihatkan.

Pelancaran global siri cip pemprosesan ini akan tiba pada 5 November kelak, dan AMD Malaysia mengesahkan bahawa siri CPU ini akan tiba sekitar tarikh yang sama.

AMD akan memperkenalkan empat model CPU terlebih dahulu, dan ini adalah tanda-tanda harganya:

  • AMD Ryzen 9 5950X – RM3699
  • AMD Ryzen 9 5900X – RM2499
  • AMD Ryzen 7 5800X – RM2049
  • AMD Ryzen 5 5600X – RM1349

Siri CPU AMD Ryzen 5000 ini dikatakan hadir dengan prestasi yang lebih baik berbanding dengan model AMD Ryzen 3000, dan akan menyokong papan-papan induk AMD AM4 siri 500 yang termasuklah X570 dan juga B550. Sokongan untuk siri papan induk X470 dan B450 dikatakan akan tiba pada awal tahun hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved