Garmin Menyertakan Ciri Mengikuti Perkembangan Kehamilan

TechnologyDigital
11 Nov 2020 • 6:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin hari mengumumkan sokongan penjejakan perkembangan kehamilan pada aplikasi dan beberapa model jam tangan pintar mereka. Menerusi ciri ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat kesihatan mengenai aktiviti senaman yang selamat dilakukan mengikut tahap kehamilan terus dari aplikasi Garmin Connect.

image is not available

Selain itu aplikasi boleh memberikan maklumat pemakanan yang sihat, berat badan, peringatan melakukan latihan Kegel, menjejak pergerakan bayi serta tahap glukosa dalam darah bagi mengelakkan komplikasi. Dengan pengenalan ciri ini, kesihatan kaum ibu yang hamil tidak dilupakan. Ia selari dengan imej Garmin yang menjejak kesihatan pemakai. Senarai lengkap 51 jam tangan pintar yang disokong boleh dilihat menerusi pautan di bawah.