Masalah melibatkan perkhidmatan perbankan Maybank kini nampaknya semakin kerap. Hari ini, perkhidmatan Maybank2U dan aplikasinya dilihat menghadapi masalah untuk diakses.
Bercakap mengenainya, pihak Maybank melalui media sosial mengatakan terdapat gangguan untuknya, dan meminta pengguna menggunakan aplikasi alternatif seperti MAE untuk melakukan transaksi.
Pihak Maybank mengatakan mereka sedang berusaha dalam mengembalikan sistem untuk beroperasi seperti biasa secepat yang mungkin.
Kami sedang cuba untuk mengembalikan sistem beroperasi seperti biasa secepat yang mungkin. Secara alternatif, anda boleh menggunakan MAE Maybank App untuk melakukan transaksi. Terima kasih di atas kesabaran dan kerjasama anda. (2/2)


