WhatsApp Kini Menambah Butang Beli Belah Dalam Aplikasi

TechnologyDigital
11 Nov 2020 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini dilihat lebih memudahkan pengguna untuk melakukan pembelian dengan menambah butang beli belah khusus menerusi tetingkap sembang. Butang ini dapat membantu pengguna untuk mengakses katalog dengan lebih mudah – dengan cara membawa pengguna terus ke senarai item yang dijual dengan hanya satu langkah mudah.

image is not available

Melaluinya, anda akan dapat melihat senarai item yang dijual beserta harga. Selain, kebolehan untuk menghantar mesej ringkas kepada peniaga untuk bertanyakan maklumat lanjut berkaitan produk. Kemaskini ini telah ditawarkan secara meluas termasuk untuk pengguna di Malaysia. Jika anda masih belum dapat mengaksesnya, kemas kini aplikasi WhatsApp anda terlebih dahulu.