Oppo A73 Juga Kini Di Malaysia – Dijual Pada Harga RM899

TechnologyDigital
3 Nov 2020 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan sahaja siri Realme Nazro 20, sebaliknya pasaran tempatan turut menerima sebuah lagi kehadiran peranti pintar terkini iaitu Oppo A73. Bagi yang berminat, peranti pintar ini dijual pada harga RM899 untuk seunit dan pra-tempahan telah dibuka bermula hari ini – 10 November 2020.

image is not available

Pembelian boleh dibuat menerusi beberapa platform berbeza termasuk di laman sesawang rasmi OPPO dan juga Shopee. Apa yang menariknya lagi, pembelian yang dibuat menerusi platform Shopee akan didatangkan dengan sejumlah hadiah menarik – namun hanya terhad kepada 300 pembeli terawal sahaja.

image is not available

Oppo A73 hadir dengan paparan bersaiz 6.44-inci AMOLED FHD+, cip pemproses Snapdragon 662, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,015mAh. Kamera utamanya terdiri dengan sistem kuad kamera 16-Megapixel (utama) (f/2.2) + 8-Megapixel (Ultra-Lebar) + 2-Megapixel (Mono) + 2-Megapixel (Mono). Kamera hadapannya pula sebesar 16-Megapixel (f/2.0).