‘Alhamdulillah ABC dah selamat melahirkan…’ – Yana Samsudin timang anak perempuan

Entertainment
11 Nov 2020 • 3:47 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan pengacara Yana Samsudin memberitahu dia sudah selamat melahirkan anak kedua yang juga bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor.

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 36, dia akan bercuti selama dua bulan daripada sebarang aktiviti seni mahupun permainan video.

“Alhamdulillah ABC (watak dalam The Masked Singer Malaysia) dah selamat melahirkan baby gaming dan ianya perempuan.

“Terima kasih semua yang sudi mendoakan Yana dan baby selamat dilahirkan. Semuanya telah dipermudahkan.

“Alhamdulillah sekali lagi,  Yana doakan buat ibu-ibu yang masih menanti untuk hamil anak pertama dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT…

“Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan daripada penggambaran dan game streaming. Sementara itu, En Ketua Rumah, Fadzil Zahari dan Aisy Mateen akan teruskan stream, sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

image is not available
Impian Yana untuk menimang cahaya mata kedua akhirnya menjadi kenyataan.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.

The post ‘Alhamdulillah ABC dah selamat melahirkan…’ – Yana Samsudin timang anak perempuan appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved