Langgar PKPB, Adun Ketari Young Syefura Diarah Bayar Kompaun

17 Nov 2020 • 7:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman mengesahkan beliau telah diarahkan untuk menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.

Young Syefura atau lebih dikenali dengan panggilan Rara, dia akan menjelaskan bayaran berkenaan dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, pihak polis memaklumkan kes berkenaan sudahpun dianggap selesai.

“Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang”  katanya sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan Dun Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan petang Selasa

Terdahulu Rara dikecam hebat orang ramai selepas berkongsi foto di laman sosial memperlihatkan dia bersama empat orang rakan sedang berkelah sambil menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah pantai di Bagan Lalang, Selangor.

Dia bagaimanapun kemudiannya bertindak memadamkan foto berkenaan selepas ianya mula tular dan membuat permohonan maaf di Twitter dan bersedia untuk disiasat.

image is not available

Ini kerana Selangor antara negeri yang sedang menjalani PKPB sehingga 12 Disember ini di mana orang ramai tidak dibenarkan merentas daerah tanpa urusan penting. Selain itu aktiviti berkelah juga sama-sekali tidak dibenarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved