Madu Nurul Zahid meninggal, bertarung dengan barah tahap 4 sejak Ogos lalu

5 Nov 2020 • 9:09 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

AL-FATIHAH. Isteri pertama Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini.

Perkara berikut disampaikan oleh anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu di laman Instagram miliknya awal pagi ini.

Tulisnya;

“INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN.

“Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi.

“Ingin memaklumkan Datin Bahazanariah Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah tahap 4 sejak Ogos tahun ini.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya.

“Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin,” doanya.

Menurutnya juga, jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Mukarramah BSD dan dijangka akan dikebumikan pada jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Kota Damansara.

Salam takziah buat keluarga.

 

View this post on Instagram

 

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi, ingin memaklumkan Datin Bahazanariah binti Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah Tahap 4 sejak Ogos tahun ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga Kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin. Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff Dan Anak-anak serta Keluarga Kakkkkkkk .. Allahuakbar

image is not available
image is not availableimage is not available

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid) on

The post Madu Nurul Zahid meninggal, bertarung dengan barah tahap 4 sejak Ogos lalu appeared first on Sinar Plus.