Dengan Solekan Maya L’Oreal Signature Faces, Anda Tidak Perlu Bersiap Untuk Sesi Telesidang

TechnologyDigital
9 Nov 2020 • 2:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita kini di bulan November dan masih ramai belum pulang ke pejabat dan telah bekerja dari rumah sejak Mac. Norma baharu mula menjadi norma biasa sehingga mengenakan solekan sudah dianggap canggung semata-mata untuk menghadiri sesi telesidang seperti Zoom dan Google Duo. L’Oreal Paris menyedari hakikat ini dan melancarkan penuras Signature Faces yang mengenakan solekan maya pada wajah.

image is not available

Tiga jenis Signature Faces dihasilkan iaitu Volumising Capsules, Plump Shot dan Fire Match. Kesemuanya mengenakan solekan pada pada mata, bulu mata, bibir dan muka. Pada peranti pintar Signature Faces ditawarkan pada aplikasi Snapchat, Instagram dan Google Duo. Pada desktop pula pengguna perlu memuat turut aplikasi Snapcam. Ia kemudiannya boleh digunakan di dalam aplikasi telesidang popular seperti Zoom, Twitch, Skype dan Meet.

Ini bukan kali pertama solekan maya diperkenalkan. Empat tahun lalu di Jepun, Sheseido menawarkan solekan maya untuk tenaga kerja wanita yang bertugas dari rumah. Dengan solekan maya mereka tidak perlu membuang masa bersolek untuk sesi telesidang yang pendek dan kemudian perlu membasuhnya untuk merasa lebih selesa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved