Apple, Dan Google Menyertai Inisiatif Dalam Membangunkan Teknologi 6G

TechnologyDigital
14 Nov 2020 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti semua sedia maklum, kita baru sahaja memulakan fasa pengenalan rangkaian 5G, tetapi perkara ini tidak menghentikan pelbagai pihak dalam membangunkan teknologi rangkaian seterusnya.

ATIS (Alliance for Telecommunications Industry Solutions) kini telah mengumumkan sejumlah syarikat dan organisasi yang menyertai inisiatif Next G Alliance.

Melaluinya, ia memfokuskan dalam membangunkan teknologi mudah-alih di Amerika Utara untuk menerajui arena 6G dan seterusnya pada dekad akan datang.

Antara yang menyertai inisiatif adalah termasuk Apple, Google, HP, Intel dan Cisco. Inisiatif ini akan berusaha untuk membangunkan rangkaian generasi seterusnya, disamping pada masa yang sama membuat kajian, menetapkan piawaian dan juga kesediaan untuk pasaran.

Selain ahli baru ini, badan berkenaan turut sedia mempunyai rakan seperti Samsung, Nokia, Qualcomm, Facebook dan Microsoft sebagai ahli pengasas.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved