[VIDEO] Kemunculan pertama Sugu Pavithra di kaca TV selepas insiden kontroversi

12 Nov 2020 • 6:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TENTU korang masih ingat lagi dengan pasangan YouTuber sensasi Sugu dan Pavitra kan.

Selepas mendapat publisiti melimpah ruah, pasangan ini terlibat dengan beberapa kontroversi yang membuatkan mereka kemudiannya agak sepi seketika.

Namun kini melalui IG HiburanTVRTM, dimaklumkan bahawa pasangan YouTuber ini akan muncul di kaca TV sempena hari Deepavali dalam satu program memasak.

Program istimewa Deepavali, Ithu Enggal berdurasi sejam setengah itu akan bersiaran pada 14 November, jam 9 malam.

Selain Sugu dan Pavitra, program itu turut menampilkan ramai artis popular berbangsa India seperti Shantesh, Abimanyu, Jeeva, Kumaresh, Puvameswary, Darshaini dan pelawak Sathiya dan juga kumpulan popular Floor 88 bersama host Theyvigan dan Banumathi.

Nampak menarik guys! Jadi korang save the date, kita layan duduk depan TV ramai-ramai.

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini pernah dikejutkan dengan menerima bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini juga, Sugu bertindak memadam semua 98 klip di saluran YouTube mereka yang dimuat naik sejak Januari selepas tercetusnya kontroversi apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, 21 Julai lepas, namun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya.

Terdahulu, Pavithra dan Sugu menjadi viral di media sosial dengan video masakan yang pada mulanya hanya berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu.

Baca juga Terganggu 2 jam, sekarang dah okay, ini penjelasan YouTube

Selamat Hari Deepavali kepada yang menyambut perayaan ini!

Sumber: hiburantvrtm

 

View this post on Instagram

 

Thank you Sugu dan Pavithra..ya betul tu sabtu, 14 Nov 2020 siaran langsung Ithu Enggal Deepavali program istimewa berdurasi sejam setengah ini diterbitkan oleh Oja Kismilardy akn bersiaran pada jam 9 mlm di @tv2_rtm. Happy Deepavali kepada yg menyambut perayaan ini!

image is not available
image is not availableimage is not available #ithuenggaldeepavali #hiburantvrtm

A post shared by Hiburan TV | RTM (@hiburantvrtm) on

The post [VIDEO] Kemunculan pertama Sugu Pavithra di kaca TV selepas insiden kontroversi appeared first on Sinar Plus.